How to order

Cara-cara membuat tempahan di Bazaraya.com (menggunakan komputer/laptop @ standard version)*

* Sekiranya anda menggunakan smartphone, sila pilih View standard (di bahagian bawah sekali), jika ingin menggunakan Product Filters.

 

1. Pilih jenis kategori barangan yang anda ingin lihat di menu.

 

2. Bagi barangan yang mempunyai saiz, sila gunakan Product Filters bagi memudahkan anda melihat saiz yang berkenaan sahaja.

 

3. Sila Add to cart barang yang anda inginkan, dan buat pilihan saiz (jika ada). Sila klik pada gambar sekiranya ingin melihat maklumat lanjut barang tersebut (paparan seperti no. 4.)

 

4. Maklumat mengenai barang. Anda juga boleh add to cart di sini.

 

5. Setelah anda add to cart semua barangan yang anda rasa berkenan, anda boleh klik pada Shopping Cart bagi melihat apa yang telah anda pilih, atau sekiranya anda ingin menyemak kos pos yang dikenakan bagi semua barangan yang telah dipilih.

 

6. Melalui shopping cart, anda boleh semak kos pos yang dikenakan bagi barang yang telah anda pilih. Sila klik estimate shipping untuk menyemak kos pos (buat pilihan jenis pos seperti no. 7). 

 

7. Buat pilihan jenis pos.

 

8. Anda boleh kurangkan atau tambah barang ke dalam shopping cart pada bila2 masa. Anda juga boleh gunakan reward points, coupon code & gift voucher sekiranya ada. Jumlah yang anda perlu bayar termasuk kos pos akan dipaparkan. Sekiranya berpuas hati, boleh klik Checkout untuk menghantarkan order (sila terus ke no. 12).

 

9. Sekiranya anda telah berdaftar, sila terus Login, dan ikuti proses Checkout. Sekiranya anda belum berdaftar, sila pilih Register Account dan continue untuk membuat pendaftaran.

 

10. Masukkan maklumat yang diminta. Pastikan alamat e-mail anda adalah tepat kerana anda perlu mengesahkan e-mail tersebut setelah pendaftaran dibuat.

 

11. Sila semak e-mail anda dan klik pada link yang diberikan dalam e-mail bagi membuat pengesahan. Setelah akaun anda aktif, anda boleh terus klik Checkout untuk proses menghantarkan order.

 

12. Sila ikuti proses Checkout, dan buat pilihan bila diminta.

 

13. Sila buat pilihan bank yang paling mudah bagi anda untuk buat bayaran.

 

14. Akhir sekali semua barang pilihan anda akan disenaraikan termasuk harganya, diskaun (jika ada), dan juga kos pos. Jumlah yang perlu dibayar juga akan dipaparkan. Sekiranya anda pasti inginkan barang tersebut, sila klik Confirm Order bagi menghantar tempahan tersebut kepada kami.

Anda akan menerima order confirmation e-mail dari kami yang mengandungi maklumat untuk anda membuat bayaran. Sila reply e-mail tersebut bagi memaklumkan kepada kami setelah bayaran dibuat. Order yang tidak dibayar selepas 24 jam akan dibatalkan.

Sila hanya Confirm Order setelah anda pasti dan bersedia membuat bayaran dalam masa 24 jam.

 

15. Status order anda akan dimaklumkan melalui e-mail samada Cancelled (sekiranya tiada bayaran dibuat selepas 24 jam), Payment received (setelah bayaran anda kami terima), dan Shipped (setelah barang anda kami poskan).

 

Terima kasih.

Bazaraya.com © 2017
View Mobile / Standard