Product Filters

Tudung bawal / voile

Tudung bawal dibuat dari kain "voile" (sebutan asal dari bahasa Perancis "vwahl"). Mungkin bunyinya seakan 'bawal' bagi orang tempatan, maka jadilah namanya tudung bawal. Kain bawal diimport dari Jepun yang dipanggil bawal no. 1 atau bawal asli. Juga terdapat kain bawal yang diimport dari Korea dan China.

Tudung bawal terdapat dalam bidang 45", 50" dan 55". Ukuran sebenar tudung yang telah siap disulam atau dijahit adalah kurang dari bidang yang dinyatakan. Contohnya bidang 45", ukuran tudung siap antara 41-42". Semua tudung bawal kami dibuat secara manual, jadi terdapat perbezaan ukuran dan sulaman (walaupun corak dan warna sama) bagi setiap tudung yang telah siap.

Warna dalam gambar mungkin sedikit berbeza dari warna asal dilihat dengan mata kasar kerana perbezaan tetapan pada skrin komputer/tablet/smartphone anda. Sila buat pertanyaan sekiranya inginkan kepastian.

Refine Search


Bazaraya.com © 2017
View Mobile / Standard